Wednesday 5 June 2013

What you give, you'll get back

*krik krik krik*
Sunyinyaaa blog ni. Maklumlah, sekarang ni musim exam kan so memang x lah nak update blog. Muahaha
Kepada Piqah, selamat berholiday dan selamat ber-short sem
Saje nak post benda ni sebab saje saje. Faham x maksud saje saje tu? haha
Lagipun time time ni memang x rasa nak bukak buku. Acewah *alasan*

Pagi tadi lepas solat subuh ngan budak bilik, Mira saje bagi tazkirah.
Banyak lah benda dia kongsi.
Tapi aku lagi berminat dengan kisah dia yang ni:
Dulu dia ni x lah macam sekarang, maksud aku dulu dia biasa biasa je. Tudung pendek, sosial bagai tu. Dia kata dia baru start pakai tudung masa dia form 5. So ade lah makcik ni, orang kampung dia macam merendahkan dia. Makcik ni ade sorang anak, baya kita jugak. Makcik tu cakap, anak dia MRSM, pakai tudung, x sosial, bla bla bla. Lepastu dia bandingkan ngan Mira yang sosial, kurang pandai, x pakai tudung semua semua tu.
Tapi, bak kata pepatah, what you give, you'll get back. Anak dia kena buan dari MRSM, masuk sekolah entah ape entah, berubah, sekarang jadi model, couple ngan pemain bola sepak tapi Mira pulak yang dah berubah ke arah kebaikan. 
So, conclusionnya di sini, kita janganlah merendah rendah kan orang lain. Mungkin sekarang ni dia teruk tapi mungkin suatu hari nanti dia lagi baik dari kita. Lagi satu, janganlah kita mengata seseorang itu sebab mungkin suatu hari nanti mungkin x kena kat kita tapi mungkin akan kena balik kat anak kita ataupun family kita sendiri. Wallahualam. 

"Kita dipandang baik kadangkala bukanlah kerana kita benar benar baik tapi kerana Allah menutup aib aib yang ada pada kita. Barangkali kalau aib kita dibuka dan didahkan, tidak ada suatu kebaikan apa pun ada pada diri kita di mata manusia"

Mira pesan, Nabi Adam dicampakkan dari syurga hanya satu dosa sahaja iaitu makan buah terlarang dan Allah melaknat syaitan hanya kerana syaitan xnak tunduk pada Nabi Adam. Apetah lagi kita yang manusia yang penuh dengan dosa ni. 


P/S: sedih, sentap ngan tazkirah pagi tadi. Tapi seronok lah sebab dapat muhasabah kejap tapi lepastu? haha *pandang ckin*


No comments:

Post a Comment