Thursday 31 December 2015

CONCLUSION 2015

First sekali aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab bertambah lagi satu tahun kita berkawan.semua perangai baik buruk aku korg terima..ada masa tetiba rasa gembira gelak tak ingat dunia,pastu rasa nak marah tak tentu pasal.. *btw aku terharu gila korg sambut advance birthday aku haritu.tapi ntah sebab tengah emo phone rosak plan macam lari sket.jann siap tegur aku "hanis senyum la sket"* so aku nak ucapkan mekasih banyak 100x kat korg.nak cakap depan2 malu dan nak mintak maaf semua salah silap aku.aku takda la baik mana.

tahun 2015 banyak kot benda berlaku sekitar aku.
1.dapat junior baru dalam jasa.geng2 adik aku yang aku x penah kenal pun,tak tau dorg ni masuk air jugak sebenarnya dan aku gembira jasa dah berkembang.
2. sedih sebab dah lama dengan jasa dari zaman 1st year pastu sem ni sem terakhir pulak berjasa dalam exco. rasa nak adik2 pulak arrange program kita join.
3. tertekan la jugak dengan soalan desas desus bila aku nak ada pakwe.weyh suka hati aku la.haha aku lagi risau tak pass exam dari takda pakwe.aku lagi risau bila pikir malam ni nak makan apa,dekat mana,pukul berapa nak makan.
4. crush zaman sekolah dah kawen.sobs gila.dah la dia jemput direct pegi walimah dia.haha tapi sekarang dah boleh move on.baik aku layan dilwale.janam janam janaam~
5. tahun ni aku hilang mak sedara aku yg ktorg membesar sama2 dari kecik,main,sekolah pun sama2. dia meninggal sebab cancer ovari ke rahim tak salah aku..symptom dia bnyak then salah satu symptom dia aku tgk mar selalu alami. *mar g buat check up.risau aku*
6.tahun ni saja mak aku masuk hospital banyak kali.dan setiap kali masuk aku xda kat rumah.yang first masuk tu aku tau sebab adik aku terlepas cakap. menangis jugak la aku.nangis bawah bantal sebab xnak rumet dengar.haha memang benda paling memainkan perasaan aku satu tahun ni. sekali tu aku penah teman mak aku kat hospital.nasib doktor hensem weyh.takda la bosan mana.dok hospital siap aku boleh beli buku online. cuti 3 bulan tu penuh jadual aku teman mak aku g hospital check up.biasalah nak tunjuk kental tak nangis depan mak aku.buat2 x paham doktor cakap apa.balik rumah time mak aku tido,aku baca result check up..paham tau aku nak translate bahasa doktor guna theory economics.so aku gigih la google.amenda la doktor bebel..uwaaakk baru aku tau mak aku sakit apa. paling sedih bila aku baca tu penyakit mak aku takda ubat.doktor kat dunia ni x jumpa lagi ubat untuk penyakit tu selain mak aku kena amik satu jenis dadah ni utk tahan sakit.start pada tu setiap malam kat rumah aku nangis,mandi aku nangis.masa masak pun aku nangis sebab mak aku tokleh mkn sebarangan. kira macam aku x nangis bila tidoja.aku penah nampak adik aku nangis so aku tanya la kenapa nangis,dia jawab "lah nampak mama nangis,lah tak tahan"so as kakak aku acah kuat la x nangis depan dia.kuar bilik lari naik bilik atas nangis sorang2.haha aku siap doa transferkan sket sakit mak aku.aku xnak mak aku sakit.tapi setiap kali tu mak aku mcm sakit tak lega2,sket cakap pasal nak mati.sapa tak sedih weyh..pastu aku terbaca la satu artikel yg kita kena redha apa yg Allah dah tentukan.so satu malam aku doa la kalau dengan cara sakit tu Allah nk uji and mybe ajal maka aku ke aku redha..alhdamdulillah lepas tu mak aku mcm makin surut. skrang jari2 mak aku akan membengkok dari semasa ke semasa. tapi aku paling salute ayah aku sepanjang mak aku sakit. xpenah merungut,marah mengeluh..balik sekolah pukul 4 tukar baju,cari makanan dekat adik aku terus pegi hospital.malam baru balik..teman mak aku tido kat bawah sebab tak mampu naik tingkat atas.tido kadang lapik toto kat bawah.kadang tido atas kerusi macam drama melayu kat tv.

ok xnak cite lebih.dah berombak dh dalam hati.tunggu nk mengalir je ni sambil tulis.aku x penah cite kat korg sebab aku x suka kongsi benda sedih dekat org.dah alang2 korg dtg rumah so aku citer sket. dan sebab dari mak aku sakit la aku dh ada satu cita2 baru yg aku nk capai.haha so kdg2 tu bukan xnak keluar ,pegi jalan2 dengan korg tapi aku tengah menabung nak capai cita2 aku tu..so aku harap 2016 ni takda dah benda2 sedih berlaku.semuanya elok ja.doakan mak aku sihat, sempat tengok menantu dia.haha
p/s: jawab final elok2 korg ! jumpa bulan 9 nanti pulak.korg intern 6 bulan.

Wednesday 4 November 2015

#ILYFAEGVacay


Hello Kedah ! Hello Penang !
PM masih tak puas hati sebab nak tujuh tujuh join. hahaha




Terima kasih family Amir :)




We keep this love in photograph,
We make this memories for ourselves,


Tuesday 1 September 2015

#IIUMInterns2

weyh intern dah nak habis.tahniah jann,ckin,mar *bunga api..kebaboom* lepas ni tengok mar makin matang la sebab time intern dia yang bekerjaya sekali. jann pun dah tak jadi anak jepun dah aku rasa.hahaha ckin pasni kalau ada presentation memang aku bagi kat dia.bab buat slides no 1..aku ada sehari je lagi baki intern tapi tetiba rasa sedih pulak nak habis.. time intern ni la aku tak jadi anti-social, jumpa kawan baru yang semua sekepala sekaki setangan dan yang penting #sehatisejiwa (selamat hari merdeka ke-58).. nanti dah balik uia kena mengadap buku, assignment la.haha acah pelajar mithali.. minggu ni office aku dapat dua staff baru..semua best best. rasa tak sabar jumpa korg pun ada.rasa macam banyak story gila nak bagitau.. tetiba time aku tengah tulis entry aku terpikir ada tak nanti blog kita jadi macam blog fatin liyana.haha ada ke orang lain baca selain dari kita. kalau blog kita popular kita pun popular jugak la ea?haha berangan gila..pastu semalam sebelum tido tak tau kenapa aku rasa nak buat photoshoot ILYFAEG dekat taman mana-mana yang cantik.. pastu aku rasa sejak intern ni aku banyak berangan. KAHKAHKAH!

 Sebenarnya aku tengah bosan ni.


-HANIS SAKINAH RAMLI-

Tuesday 11 August 2015

Hikayat ILYFAEG

Apa itu ILYFAEG?

Hikayat ILYFAEG bermula lebih kurang setahun yang lalu. Ke dua tahun yang lalu? Entah. Tak ingat, Hahaha.


Ramai gila yang tanya ILYFAEG tu apa. bila suruh teka, mostly dapat teka sampai ILY je, yang lain tu entah apa apa entah dorang mengarut,

 Disebabkan macam ramai sangat tanya ILYFAEG tu apa, maka wujudlah entry ni, incase kalau orang tanya ILYFAEG tu apa, korang bagi je link entry ni, senang, takyah baziaq ayaq liuq.

So, ILYAFEG ni bermaksud I Love You Forever And Ever Gila. Haaa, mana kitorang dapat idea nak guna nama ni?

Nama ni tercipta setahun ke dua tahun yang lalu, waktu kelas FIE, Fiqh for Economics. Disebabkan kelas ni kitorang berenam sekelas (kecuali ctort), kitorang suka duduk row belakaaaaaaaaang sekali, mana row paling belakaaaaaaang sekali, kat situlah ada kitorang ,walaupun kitorang datang paling awal. haa disebabkan kitorang duduk paling belakaaaaaaang sekali, kelakuan kitorang pun paling terbelakaaaaaaang sekali nak compare dgn classmates yang lain.

kitorang suka sembang, walaupun dalam kelas, walaupun sir baik, walaupun kitorang asyik kena tegur banyak kali, kitorang tetap suka sembang, cuma kitorang sembang gaya budak baik, kitorang sembang guna buku, haaa ala2 message, cuma guna buku, ataupun nota FIE.

nak dijadikan cerita, suatu hari, Jan kot, ke siapa entah antara kitorang berenam selain Aini, suruh kitorang tulis biodata ala2 budak darjah 6 suka buat tu, haa last sekali haruslah disertakan dengan ucapan pendek mahupun panjang, nak dijadikan lagi cerita, orang pertama yg tulis, Aini, yang sedikit sentimental, tulis ucapan I Love You. yelah nak cakap depan2 malu. HAHAHAHA,

kemudian orang kedua sambung Forever, orang ketiga sambung And, orang keempat sambung Ever, orang kelima sambung Gila, sape entah sambung Gila tu, tak sentimental langsung.

Maka berhuhuhu lah enam orang tersebut baca ucapan yg complete tu, sampai sir jeling jeling tapi kitorang buat buat tak nampak,

Nak dipendekkan cerita, wujudlah ILYFAEG tu, kebetulan pulak cukup cukup 7 huruf, cukup cukup 7 orang.

Sekian sahaja hikayat ILYFAEG,
hikayat ahli ahli ILYFAEG saya serahkan kepada ahli yang lain,
sampai ketemu lagi

p/s : tolong jangan tunjuk entry ni kat aku lagi 5/6/7 tahun akan datang. malu woi baca diri sendiri tulis, kbye.







Friday 31 July 2015

selamat petangggg :D

Assalamualaikum. hai korang.

cam lemah tak bermaya gler aku. hahhahaha. *vacuum sawang-sawang*
so far, okay ajo intern aku. rilek tapi ada je keje. hahaha. so far. acewahh. hahhaa. okay tapi rasa cm takde kawan. memang la ada kawan tapi rindu doh nak gelak ngn korang. gaduh dengan ctort. hahahha. *ni post rindu ke camne*. hahhaha

untuk mar : jom la turun shah alam. hahhaa

untuk jan : kuang ajo nak selam aku. ko tengok nanti aku nak jentik ko.

weyyyy. first time seyh aku buat power point hampir 300 page. nangisss. minggu depan ada budak intern baru. tp aku tetap paling muda kat sini nanti. jumpa org lain mesti deme panggil aku adik. hahahha. rasa muda woo. hahahaa.

nak tengok mission impossible dengan cerita hindustan tuu. salman khan kottt.

harini dah jumaat mar. esok weekend. yeayyy. 5 minggu je lagi. mohon kita tabah. betul mar, ngantuk-ngantuk g kelas lebih rela. ni ngantuk tersengguk jela kita kan. aku sambil menaip buat keje pun boleh tersengguk. kahkahkah. kuyu mata takyah cakap la. hahaha

btw, semalam aku ada jumpa org ni, best doh, ak rasa nk sharing2 ngn korang.

dia cakap,

"BILA KITA SELALU FIKIR AND MULAKAN HARI DENGAN POSITIVE, KITA AKAN LALUI HARI TU DENGAN TENANG. SELALU SENYUM AND ANGGAP SEMUA AKAN OKAY"

aku tak twu lah asal cm dia beri inspirasi kat aku. hahahhahaa. banyak lagi benda. ak kongsi bila kita semua jumpa. acah picnic kat bah ke piyah. hahahha. 

tu jela. penat dah taip. hahaha. gambar2 kita share kat ws ajo. mls nak transfer. tggu tahap kerajinan aku sampai. hahahhaa.






selamat berintern yg dah nak habis dah pun kepada mar, hans and jan.

selamat belajar and exam kepada ctort, aini, pikah,
 *gigih carik gambar kat google* haha

bye. ak chow lu. ngantuk la pulak habis taip ni. nak g buat air milo. baiiiii

-nur asyikin najihah-

Thursday 30 July 2015

#IIUMInterns

Assalamualaikum korang...

jom gotong royong bersihkan blog ni. hahaha. Macamana cuti engkorang? tinggal sebulan lebih je lagi. Aku rasa tak sabar sebab habis cuti bermakna habis intern. Habis intern bermakna start kelas. Hmm tapi aku macam rela pegi kelas ngantuk ngantuk tu dari kerja. kahkah. At least balik bilik boleh tidur. Kalau kerja haa tersengguk la kat meja tunggu jam pukul 6 nak balik rumah cepat. Balik, tidur, bangun pagi, kerja. haaa ulang. takde life rasa. Setiap hari aku tak sabar nak weekend. hahahaha

Maaf takde gambar nak share sebab malas nak transfer bagai. Bukan sebab office aku buruk ke apa. hahahaha. Nanti aku share kat group ws je lahh. 

Kepada ckin, pergila bella amara. Pelis. Pelisss *muka comel*

marlianayob

Wednesday 29 July 2015

B.O.S.A.N

weh wehh wehh..aku dah baca entry jann..lawak gila.kalau aku jadi macam jann dah lama pengsan. weyh rindu nak lepak sekali.aku datang ofis tak buat apa pun weyh..setiap hari aku ulang tengok return of superman,appa odiga, runningman.*fasih dah korea aku* haha .meh aku cite sket jadual keja aku.

9.00am : masuk ofis
9.30am : duduk sembang dengan staff kat sini sampai lama mana aku nak.
10.30am : balik kat meja aku layan cerita
1-2pm : lunch
2.30 pm : solat
3.00-5.30 pm : sambung tgk cerita

kahkah heaven tak heaven..tapi kan serius ofis aku tak mcm ofis jann dengan ckin.nk tunjuk gmbr ofis aku pun aku malu.hahaha bos aku kerek sket..kadang2 geram aku.jenis takda hati perut..lagi kau tak mati lagi tu dia tak amik kisah pasal kau..apa yg dia suruh kau kena buat walaupun tak logik.hhahaha pastu sket2 suka paksa aku suruh kawen..sapa2 yg bujang kat sini semua dia suruh kawen..tak paham aku. mostly staff kat sini tak keja lama pun.semua berhenti sebab dia tapi mungkin dia x muhasabah diri so tak sedar.. *astagha aku mengutuk bos sendiri*
setakat ni keja aku buat sorting passport,photostate,buat booking jemaah umrah..yg lain aku main2..part paling sedih intern ni aku takda elaun..uwaaaa :'( ..jann mar ckin hulur la sket kat aku.

lama gila tak tulis blog.haha sebenarnya aku tak tau nk tulis macam mana..


p/s : aku tulis ni sambil tgk appa odiga episod 24.hahahhaha


Selamat hari raya dari aku dan keluarga



-HANIS SAKINAH RAMLI-

Saturday 25 July 2015

hai awak cemuaaaaa


uhuks uhuks uhukssssssss 
amendaaaa berhabuk sangat blog ni gilaaaaa..
kemas la skit
haihhhhh hahahhaha

Wehhhh aku bosannnnn.. korang x rindu aku ke? hahah
..................................
 aku rindu .hehe

Buat la pasal intern korang weh. blh la update skit pasal blog kita ni haaa. aku intern ni rasa makin hitam doeeee. rasa mcm penjelmaan semula jadi bangla. kahkahkah

okla meh aku cite skit pasal intern aku. cewah


haaa ni intermates aku.. ada 14 orang semua tapi dua da keluar.. sobss sedih



ni first meeting kitorang ngn telekom punya branch kt pj.. macam biasa la aku aku xleh serius.so aku gelak2 je la time ni..haha






 Ni kitorang g team building kt pd.. best woooooooooooo kitorang mandi laut tgh malam ngn bbq semua..pastu malam tu kitorang dgr ada orang mati lemas dalam swimming pool..cuak gilaaaa kot. pastu esok mandi pool tempat orang meninggal tu -_-'. Kita kena pegi sini wehhhhh yang blue lagoon tu best sikit laaaa tapi pasir dia kasar la sikit dan dalam. ckin pegi kalo aku selam konfirm dia xnak kawan ngn aku dah..hahahahahahahha maap ckingkong kikikiki






So da start da keje minggu depan tuuu..nampak tak kehitaman aku terserlah? hahahahaha so ni la keje aku intern ni. korang kalau ada orang nk apply unifi blh la bagi nombor kt aku..hahahaha sempat promote haaa.tapi serius ni *muka serius sesaat*






sebelah aku ni anis nama dia..dia paksa aku sebut nama dia..hahahahha dia senior hanis, say hi everybodyyyyy.haha
ni kelakar tau gambar ni..ada pakcik ttbe bagi duit kt kitorang.. aku rasa sebab muka aku sedih sangat kot, ttbe aku rasa aku menyedihkan, menyebarkan suasana sedih bila orang tengok,sebab tu dapat duit..hahahahha







pastu ni cite lawak + bengang gak ah punya cerita..hahahah cis.. mamak ni berenti kt depan aku time aku duk lambai lambai unifi kt tepi jalan. pastu aku dengan gembiranya sbb ingat da dapat customer satu. aku explain kt dia semangat gila pastu dia dengar laa dengan semangat gila. aku terang punya terang, dia tanya gak pasal unifi. lelama tu aku perasan muka dia bahagia gila dengar aku cakap..aku da pelik da.pastu korang tau dia tanya apa kt aku? tau tak tau takkk? okayy tak tau..hahahahhaa okay.
dia tanya aku 'awak da kawin ke?'dengan muka bapak la gatal. terus aku undurkan diri n cakap da kawin..rasa nak cakap dh menopos da (betul la kot eja cmtu..hahhaaha)..hahahha terus dia bla..hahaha asdfghjkl betul perasaan time tuuuu..haih






okay lastly,
aku nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN semuaaaaaaaaaaaa!!

Maaf semua atas semua salah aku dan 
may our friendship stay strong forever. 
cewah haa gitu..hahaha


Sekian wassalam

 
                                                                                       -nuruljannahyaacob-

Saturday 7 February 2015

Mereput

Assalamualaikum semoranggg *bersihkan habuk*
selamat pagiiii. ckinnnn bangunnnnn. jannn bangunnnnn. pukul 10 dah niiii *jeling* makanya tinggal lah mereput sensorang ngan jann kat safiyyah sbb aini ngan pikah balik. sobsob. bak kata ckin, nak balik tapi takde duit *menangis* cepatlah duit masuk. huwaaaa. eleh duit takde pun pegi juga berjalan. poyo. hahahaaha. Nak cerita cuti Thaipusam haritu pergi Bukit Tinggi. So nak belanja gambar ciked. ohh ckin tak ikut sebab dia nak raya kat rumah katanya. so kami hormatilah perayaan dia. hahahaa




Team Safiyyah
Team Nusaibah (Qu Puteh)







Sebelum

Selepas

Naik Bukit Tinggi memang idok le nak beli apa apa. Duit hanya habis dekat kereta, minyak, makan dan tiket masuk. RM12 dan boleh masuk semua yang ada kat Bukit Tinggi. Animal Park RM3 dan boleh main kejar kejar dengan arnab. Lepastu ade dua orang budak tak pegang arnab. takut lettew *gelak tutup mulut* hahaaha. jom pi Penang pulakkk. yeayyy.

-miramarlianayob-