Wednesday 22 July 2020

Adulthood

Assalamualaikum gais,

Setelah 2 tahun menyepi, sekarang baru nak up post baru hihi. 
Apa dah jadi pada ILYFAEG lepas 2 tahun menyepi? jeng jeng jeng haaa. Kita mulakan sorang sorang punya story k.

Aini - Alhamdulillah Aini selamat menjadi seorang mama setelah seminggu duduk hospital haha. Baby dia keluar awal dari tarikh yang di plan untuk dikeluarkan dari perut Aini. Another genius born. hahaha tak sabar tengok dunia lah tu. Lepas tengok perangai mama dia mesti dia rasa menyesal keluar awal hahaha

Ckin - jangan terkejut. Dia ni ustazah tau. Tengok je macamtuu. Tapi still sampai sekarang macamtu jugak hahaha. Masih kurus, suara masih kuat kalau sembang emm takde apa pun yang berubah kecuali title ustazah emm

Ctort - Dia ni baru pindah rumah. Makin dekat pulak dengan Ckin. Memang pakat selalu jumpa lah tu. Dia ni dah lama work from home. Sampai sekarang ni masih work from home. Orang lain dah masuk kerja dia bahagia. 

Lupa nak cerita tahun ni ada virus nama nya Covid-19. Jadi semua kena stay at home start bulan 3 haritu. Sekolah, office, shopping mall, semuanya lah tak buka. Start bulan May dah slow slow boleh kembali seperti biasa kecuali dengan new normal; hand sanitizer, mask. Haaa so ayuh kita jangan lupa kan 2 benda ni sebab kita taknak kena virus ni pulak.

Hanis - Adik Hanis bakal kahwin bulan 8 ni. haa langkah bendul harapnya Hanis boleh la minta gelang emas hahaha. Hanis dah bekerja kat KL. Tak ingat lak nama company huhu.

Jann - Uish ni tokey besar ni. Haha. Kalau pegi Kelantan boleh la singgah kedai dia namanya SIAM. Aku pernah pergi sekali dan makanan dia sedapp. Rasa nak pergi lagi so boleh makan lagiii sedapnyaa. Jann sekarang busy teruk sampai dah lama tak jumpa. Rindu uhuk

Mar - Sekarang orang dah tak panggil Mar lagi. Orang panggil Mira hihi. Sejak kahwin eh, bulan 10 haritu Mar kahwin dengan Wafiy haha semorang panggil Mira. Jarang sekali dapat dengar Mar tu lah. Sekarang jadi surirumah dan masih mencari kerja. Tapi sebab dah lama duduk rumah so dah rasa best pulak hahahaha. Mar dah jadi orang Shah Alam gais berjiran sekali dengan Ckin. Indah !

Pikah - Pikah sudah menjadi ibu. Kalau Pikah ni boleh la nak bayangkan dia jadi ibu. Tapi Aini? emmm rasa nak tengok sikit haha. Anak Pikah namanya Anaqi. Ya, lelaki. Pikah selamat bersalin bulan 9, 2019 dan masih berpantang masa Mar kahwin emm. Pikah sekarang jadi ibu bekerjaya. 

Ok done update untuk semorang. Kadang rasa rindu zaman study di mana bergembira je sedih sebab takde duit je hahaha. Sekarang ILY dan berkembang dengan jayanya. Dah jadi ILYFAEGAYW gituu. Ok bye gais kalau aku rajin next year aku update lagi. kakaka

'During childhood, we cry out louder, so that others can know. In adulthood, we cry inside, so that no one knows'.

                                     35 I Miss You Quotes for Friends | Schwester zitate, Ich vermisse ...

Thursday 29 March 2018

RINDU

Hai guys

Tiba-tiba rasa rindu nak keluar jalan-jalan, food hunting, sembang gelak sampai tak ingat dunia dengan korang. K tu je nak bagitau. Hahaha




Thursday 14 December 2017

Nak 2018 Dah Ke?

tak pernah lagi aku rasa kesusahan nak log in email..lebih 20 kali aku cuba nak log in blog ni siap whatsapp mar kejap double "p" la single la,lepas tu password ada "_" ke tak..log in je dah aku lupa nak tulis apa.
.
.
.
.
hai korang..ada lagi 17 hari lagi sebelum 2017 nak bertukar jadi 2018. dah makin matang aku tengok semua orang. jap aku nak refresh korg dari cfs sampai sekarang. first ckin. aku adore gila dengan ckin.pendirian hidup dia teguh gila sebab aku tak berhenti dengar cita2 dia nak jual nugget tepi sekolah la,jual air la sampai ktorg cakap apa pun dia tak kisah.tup2 dah jadi ustazah sekarang..Jann dulu cakap anti lelaki la taknak kawen la tengok2 sekarang dah ada pakwe.pehhh kemajuan tahap maksima. mar yang suka benda2 pink, stokin pink,bakul sampah pink tapi aku tengok sekarang aku yang banyak warna pink dari kau.aini yang dulu nerd gila*aku nampak dia ulang alik dari katil duduk kat meja study* sekarang pun dah jadi gila.haha tapi result dia pun gila jugak..pikah ni je aku tak nampak perubahan.sama je dari dulu.takleh berpisah dari katil. duduk je atas katil tido *weyh lawak gila time pegi kelantan.pikah duduk atas tilam scroll phone.aku dengan wani sembang.ktorg toleh je tgk pikah dah tido..penat aku gelak dgn wani sbb igt pikah taknak menyampuk ktorg sembang*..ctort pun sama, masih kuat beleter,kaki korea. tangan tu tangan asyik nak tampar je kalau tgk cerita hantu tak pun time kau gelak gila2.

btw tahniah untuk kita semua sebab berjaya grad sama-sama.
tahun 2018 korang nak buat apa? nak cakap cari keje semua dah ada keje *doakan jann cepat dapat keje* .nak pegi bercuti, tahun 2017 dah pegi bercuti sama2 dekat putrajaya.haha




tetiba aku takut pulak nak jadi orang dewasa.nak kena berdikari la, kena pegi keje takleh ponteng suka2. 

so 2018 apa perkara korg rasa akan jadi dekat korang?

Tuesday 30 May 2017

SEMUA DAH BESAR

Hi semua,

Tetiba rasa nak update blog kita pastu baru baca post latest.. Mar kan? hahaha sedih oh post.
So semorang dah nak konvo dah n adik siti pun boleh cari kerja start sekarang supaya x sendu mcm aku sbb dapat keje lambat hahahah

Hmm nak cakap aku x rindu pun nak balik uia bila difikirkan exam hahah tapi aku rindu suasana kita kt sana, rindu kita (ihiks), rindu nak jenjalan di mana saja, dinner sesama, kutuk cafe piyah sesama, window shopping sesama, main game sesama, join jasa sesama, berenang sesama walopun aini mar hanis xpenah jejak swimming pool dan banyak lagi lah sesama. Korang x rindu ke? rindu en rindu en..hahah

jap supervisor aku bangun.. aduh

ok dia bangun stretching je

K sambung balik. Bila kita semua dapat kumpul semua ni? Bila nak g amik gambar preconvo sesama? Mar mohon ingatkan aimad hari hari hahahha jom weh g jepun sesama, aku ingat nak g sambung belajar kt sana.. hahah belajar ke tak, aku dh google siap2 dah scholarship and universiti kt jepun yang boleh aku apply tapi sebabkan banyak nak kena baca link ni la link tu la aku postpone dulu lah hahah. Jom g pulau lagi or pegi jenjalan memana ke kita ilyfaeghijklmn semua. tapi xde duit pun saja cakap..haha (gaji bulan ni xdeeeeee T-T)

Hmm nak tulis apa lagi eh.. aku tgh mengacah busy sebenarnya sbb semorang busy.. nak tengok cite korea cuak plak sbb monitor ni besar sangat nanti semorang aduh dia bangun lagiii nampak.. nak main game dekat fon mcm xproper la plak..haha

Hmm lastly nak buat wasiat kt korang, xyah la kawin awal tau.. lambat lambat sikit lek ah..susah nanti nak jumpa kalo kita korang dah kawin haa hahah ttbe. Kita g travel sesama dululah tau, trip kita je, g jepun tuuu, jelajah europe kee haha angan2 kena besar hahah

Oklah tu je i nak cakap.. selamat maju jaya semua, doakan aku dapat permanent kt malaysia airports sbb boleh tengok kapal terbang tiap hari haha, moga kita tak lupakan masing masing dan terima kasih jadi kawan baik ittew hihihi hahah. Disini kutitipkan gambars utk tatapan kita bersama haha bye love haha gittew





Sunday 20 November 2016



Maybe I'm too emotional but I know this is real.
It has been almost 6 years since CFS that we know each other.
To live without ILY after this may be hard.
Takde lagi lepak bilik Jan sbb nak wifi. Takde lagi lepak nusaibah safiyyah sbb nak makan sesama.
Takde lagi "Jom Ikea" "Jommmmm"
There will be moments that will never be forgotten.
It is okay to fight sometimes, but it is not okay to stop talking to each other.
Ingat tak dulu kita pernah gaduh kejap? aku siap fikir, lepasni nak makan ngan siapa, nak keluar jalan ngan siapa, nak g kelas ngan siapa, nak borak ngan siapa. hahahahaha. Nampak tak circle of friends tu memang tak berkembang langsung. hahahahhaha. Lepastu nasib baik gaduh kejap je.
I know that we will be graduating soon (InsyaAllah) and we will be apart for a good reason. But promise me, we will always be friend ya?
Thank you for coming to my life. Thank you for always been there through thick and thin and thinner and thinnest (sbb aku tak pernah nya lah nak gemuk) hahahaha. Thank you for the best university life. Thank you :')




btw, HAPPY BIRTHDAY AINI !



Saturday 27 August 2016

Biodata ILYFAEG


*tiup habuk, sarang labah-labah* new background, new header bebeh. aku syak setahun jugak blog ni sendu jeee. meh kita up story sikittt.

mula-mula kita start dari akak sulung iaitu saudari Nuruljannah aka jan. beliau sulung sbb birthday paling awal iaitu 13/1/93. walaubagaimanapun, (siap penanda wacana okayy) beliau idok ler fefeeling hakak2 untuk kami nih. beliau nih kalau nak describe payah kerana bukan pesen cam kita duk makan nasi. beliau gemarkan buah2 dan juga sushi sebegitu. tekak jepun katanya hasil iras muka sedikit jepun. hahahha! dengan beliau boleh la buat lawak bodo lepastu gelak cam orang giler lepastu sembang sampai tak ingat nak tidur. duduk sebilik memang kelaut ini kakak sembang tak berenti. hahahha. 

kedua, saudari siti afiqah aka ctort. kenapa panggil ctort? sila tanya bebudak sekolah dia. kahkah! mula2 dulu panggil siti hokayyy. aku dalam hati, "adakah dia ni ingat dia siti nurhaliza??". bisik dalam hati jela sbb time tu baru kenal. sebab biasa org tak panggil siti tu kan. tapi memang gitu ghupenya. beliau ni bising orangnya. suara 5 tingkat mahallah boleh dengar. bab gaduh, bagi kat dia. konfem sama naik taknak kalah. sampai bilik pun boleh jadi medan peperangan air paip. basah takpayah cakap. lencun takyah cakap gak. tapi takde dia, kurang meriah gitteww.

seterusnya, saudari syafiqah hazirah aka pikah aka capikah. beliau ni kteorg suka usik. sebab nanti beliau emo dan balas balik sampai takde modal lepastu sambung gelak. kata kawan, haruslah bergurau tu standard. ye dok. penat nak story cerita lawak pikah nih. banyak sangat. hahahha. *teringat bnd atas printer tu. kahkahkah! beliau ni tunjukkan skill lawak dia kadang2 tapi memang lawak. yang selalu paling terhibur lawak dia si syikin. gelak tak berhenti kateko. hahhahaha. 

keempat, saudari mira marliana aka mar. beliau ni muka cina2 sikit. hampir dijadikan saksi ke apetah untuk moot court kerana sister tu nak saksi ala2 cina. tapi beliau menolak, rindu rumah katanya. so, beliau balik rumah. (point sangat cerita ko balik rumah kan. hahhaha).  beliau ni minah pink. semua benda kaler pink adalah cantik comel dimata beliau. kteorg hanya mampu bagi pandangan tajam ataupun bebel kenapa beliau pilih pink jugak. macam takde kaler lain yang wujud dalam dunia ni. beliau ni kalu orang mintak tolong, okay je jawab dia. tak pernah tolak. kalau nak ajak ponteng pun, nak hasut beli baju ke tudung, beliau adalah mangsa pertama kteorg. hakhak. sebab konfem berjaya. kahkah.

selain itu, kami juga ada kawan nama nur aini farhanah aka aini. beliau ni top student wehhh. kerja pun dah ada dah. takpayah pikir macam kkteorg apa nak buat dimasa hadapan. hahhaha. beliau ni kaki karoks dalam kereta. lirik mesti dari suara dia dulu sebelum penyanyi tu. taknak kalah hokeyyy. beliau juga rajin belanja kteorg nih atau maybe lebih sesuai pekataan 'pau kawan'. mwahahhaa. nasib baik beliau berjiwa luhur. hahhaha. all the best exam nanti aini! beliau juga senyum tak nampak mata macam mar n jan. 3 serangkai ni geng takde mata. hahhaha.  

keenam, nur asyikin najihah aka syikin aka ckin. beliau ni kalau dah malas nak buat benda, cakap la gajah ke rimau ke, memang beliau takkan buat. kecuali dimomokkan oleh ayat "okay, nanti aku belanja ko" atau buat ayat simpati sampai beliau cair. hahaha. beliau mudah terhibur sikit. kalau gelak, payah nak berenti. mohon tarbiah beliau. hahhaha. lepastu kalau cerita mesti beliau gelak dulu sebelum bercerita. kteorg sabar je dengan beliau tengok gelak sengsorang, ceritanya tak lagi. -.- 

last but not least, saudari  hanis sakinah aka hanis aka hans. beliau bongsu tapi tinggi kalah yang lain. bongsu? adik2? hormat sikit orang atas. mwahaha. beliau ni macam mak yang menjaga anaknya, "cek dulu baju tu ada koyak ke tak", "kejap aku hantar resepi donat", "meh sini aku jahit". wife material? haaa. hahhaha. beliau seorang yang cukup bersabar dikelilingi roommates yang hyper seperti ctort dan syikin. beliau kengkadang pandai melawak hokay even orang tengok cam serius garang gituu. kelakor bila lawak beliau muncul dikala angin sepoi2 petang hari yang bosan tu. hahhaa. 

okay tu je. bai. jumpa seminggu lagi uolls. 





p/s: kelakor makcik tuh buat muka. rasa nak lempanggg

Monday 4 January 2016

TAHUN BARU YEAYYY!

Assalamualaikum. hai korang. hahhahaha. buat apa tu? *nak letak emoticon tapi xde la pulak*

Dah 2016 weh. kejap gler masa berlalu. dan sekarang kita masih lagi bertarung, berperang, berstress dengan exam. cewahhh. hahahaha.

Saja je ni. rajin nak taip. padahal buku kat sebelah xsentuh. maigod. hahhaa.

ok. mulakan tahun baru dengan sentiasa berfikiran positif kayyy. Al-Fatihah jangan lupa baca selalu. hahaha.

macam-macam ragam dah 2015, bergaduh xyah cakap la, hampir setiap hari gaduh manjang dalam ws tu. acah gurau senda ye dok?? *weh, ak bengang la xde emoticon nih, nak letak emoticon yang mcm muka dy cam cakap "ceh" tuuuuu*

gaduh, pastu baik, pastu gaduh, pastu baik. ulang sampai lebam.

tula yang jadikan kita ceria sebenarnya. bak kata jan en, aku sayang weh. HAHAHAHAHAHAHA. *asl aku rasa awkward dod* jangan marah ak jan. haha!

share-share la apa pun story ke apa ke. semua ad bahu kan? hewhew.

selamat berexam dan berintern semua! kteorg yang dah intern nak tengok cmne korg survive krik2 ke, bosan ke. hahahha. tetibe rindu tempat intern. haihh


byeeeeeeee.


-nur asyikin najihah-