Saturday 27 August 2016

Biodata ILYFAEG


*tiup habuk, sarang labah-labah* new background, new header bebeh. aku syak setahun jugak blog ni sendu jeee. meh kita up story sikittt.

mula-mula kita start dari akak sulung iaitu saudari Nuruljannah aka jan. beliau sulung sbb birthday paling awal iaitu 13/1/93. walaubagaimanapun, (siap penanda wacana okayy) beliau idok ler fefeeling hakak2 untuk kami nih. beliau nih kalau nak describe payah kerana bukan pesen cam kita duk makan nasi. beliau gemarkan buah2 dan juga sushi sebegitu. tekak jepun katanya hasil iras muka sedikit jepun. hahahha! dengan beliau boleh la buat lawak bodo lepastu gelak cam orang giler lepastu sembang sampai tak ingat nak tidur. duduk sebilik memang kelaut ini kakak sembang tak berenti. hahahha. 

kedua, saudari siti afiqah aka ctort. kenapa panggil ctort? sila tanya bebudak sekolah dia. kahkah! mula2 dulu panggil siti hokayyy. aku dalam hati, "adakah dia ni ingat dia siti nurhaliza??". bisik dalam hati jela sbb time tu baru kenal. sebab biasa org tak panggil siti tu kan. tapi memang gitu ghupenya. beliau ni bising orangnya. suara 5 tingkat mahallah boleh dengar. bab gaduh, bagi kat dia. konfem sama naik taknak kalah. sampai bilik pun boleh jadi medan peperangan air paip. basah takpayah cakap. lencun takyah cakap gak. tapi takde dia, kurang meriah gitteww.

seterusnya, saudari syafiqah hazirah aka pikah aka capikah. beliau ni kteorg suka usik. sebab nanti beliau emo dan balas balik sampai takde modal lepastu sambung gelak. kata kawan, haruslah bergurau tu standard. ye dok. penat nak story cerita lawak pikah nih. banyak sangat. hahahha. *teringat bnd atas printer tu. kahkahkah! beliau ni tunjukkan skill lawak dia kadang2 tapi memang lawak. yang selalu paling terhibur lawak dia si syikin. gelak tak berhenti kateko. hahhahaha. 

keempat, saudari mira marliana aka mar. beliau ni muka cina2 sikit. hampir dijadikan saksi ke apetah untuk moot court kerana sister tu nak saksi ala2 cina. tapi beliau menolak, rindu rumah katanya. so, beliau balik rumah. (point sangat cerita ko balik rumah kan. hahhaha).  beliau ni minah pink. semua benda kaler pink adalah cantik comel dimata beliau. kteorg hanya mampu bagi pandangan tajam ataupun bebel kenapa beliau pilih pink jugak. macam takde kaler lain yang wujud dalam dunia ni. beliau ni kalu orang mintak tolong, okay je jawab dia. tak pernah tolak. kalau nak ajak ponteng pun, nak hasut beli baju ke tudung, beliau adalah mangsa pertama kteorg. hakhak. sebab konfem berjaya. kahkah.

selain itu, kami juga ada kawan nama nur aini farhanah aka aini. beliau ni top student wehhh. kerja pun dah ada dah. takpayah pikir macam kkteorg apa nak buat dimasa hadapan. hahhaha. beliau ni kaki karoks dalam kereta. lirik mesti dari suara dia dulu sebelum penyanyi tu. taknak kalah hokeyyy. beliau juga rajin belanja kteorg nih atau maybe lebih sesuai pekataan 'pau kawan'. mwahahhaa. nasib baik beliau berjiwa luhur. hahhaha. all the best exam nanti aini! beliau juga senyum tak nampak mata macam mar n jan. 3 serangkai ni geng takde mata. hahhaha.  

keenam, nur asyikin najihah aka syikin aka ckin. beliau ni kalau dah malas nak buat benda, cakap la gajah ke rimau ke, memang beliau takkan buat. kecuali dimomokkan oleh ayat "okay, nanti aku belanja ko" atau buat ayat simpati sampai beliau cair. hahaha. beliau mudah terhibur sikit. kalau gelak, payah nak berenti. mohon tarbiah beliau. hahhaha. lepastu kalau cerita mesti beliau gelak dulu sebelum bercerita. kteorg sabar je dengan beliau tengok gelak sengsorang, ceritanya tak lagi. -.- 

last but not least, saudari  hanis sakinah aka hanis aka hans. beliau bongsu tapi tinggi kalah yang lain. bongsu? adik2? hormat sikit orang atas. mwahaha. beliau ni macam mak yang menjaga anaknya, "cek dulu baju tu ada koyak ke tak", "kejap aku hantar resepi donat", "meh sini aku jahit". wife material? haaa. hahhaha. beliau seorang yang cukup bersabar dikelilingi roommates yang hyper seperti ctort dan syikin. beliau kengkadang pandai melawak hokay even orang tengok cam serius garang gituu. kelakor bila lawak beliau muncul dikala angin sepoi2 petang hari yang bosan tu. hahhaa. 

okay tu je. bai. jumpa seminggu lagi uolls. 





p/s: kelakor makcik tuh buat muka. rasa nak lempanggg