Thursday 14 December 2017

Nak 2018 Dah Ke?

tak pernah lagi aku rasa kesusahan nak log in email..lebih 20 kali aku cuba nak log in blog ni siap whatsapp mar kejap double "p" la single la,lepas tu password ada "_" ke tak..log in je dah aku lupa nak tulis apa.
.
.
.
.
hai korang..ada lagi 17 hari lagi sebelum 2017 nak bertukar jadi 2018. dah makin matang aku tengok semua orang. jap aku nak refresh korg dari cfs sampai sekarang. first ckin. aku adore gila dengan ckin.pendirian hidup dia teguh gila sebab aku tak berhenti dengar cita2 dia nak jual nugget tepi sekolah la,jual air la sampai ktorg cakap apa pun dia tak kisah.tup2 dah jadi ustazah sekarang..Jann dulu cakap anti lelaki la taknak kawen la tengok2 sekarang dah ada pakwe.pehhh kemajuan tahap maksima. mar yang suka benda2 pink, stokin pink,bakul sampah pink tapi aku tengok sekarang aku yang banyak warna pink dari kau.aini yang dulu nerd gila*aku nampak dia ulang alik dari katil duduk kat meja study* sekarang pun dah jadi gila.haha tapi result dia pun gila jugak..pikah ni je aku tak nampak perubahan.sama je dari dulu.takleh berpisah dari katil. duduk je atas katil tido *weyh lawak gila time pegi kelantan.pikah duduk atas tilam scroll phone.aku dengan wani sembang.ktorg toleh je tgk pikah dah tido..penat aku gelak dgn wani sbb igt pikah taknak menyampuk ktorg sembang*..ctort pun sama, masih kuat beleter,kaki korea. tangan tu tangan asyik nak tampar je kalau tgk cerita hantu tak pun time kau gelak gila2.

btw tahniah untuk kita semua sebab berjaya grad sama-sama.
tahun 2018 korang nak buat apa? nak cakap cari keje semua dah ada keje *doakan jann cepat dapat keje* .nak pegi bercuti, tahun 2017 dah pegi bercuti sama2 dekat putrajaya.haha




tetiba aku takut pulak nak jadi orang dewasa.nak kena berdikari la, kena pegi keje takleh ponteng suka2. 

so 2018 apa perkara korg rasa akan jadi dekat korang?

Tuesday 30 May 2017

SEMUA DAH BESAR

Hi semua,

Tetiba rasa nak update blog kita pastu baru baca post latest.. Mar kan? hahaha sedih oh post.
So semorang dah nak konvo dah n adik siti pun boleh cari kerja start sekarang supaya x sendu mcm aku sbb dapat keje lambat hahahah

Hmm nak cakap aku x rindu pun nak balik uia bila difikirkan exam hahah tapi aku rindu suasana kita kt sana, rindu kita (ihiks), rindu nak jenjalan di mana saja, dinner sesama, kutuk cafe piyah sesama, window shopping sesama, main game sesama, join jasa sesama, berenang sesama walopun aini mar hanis xpenah jejak swimming pool dan banyak lagi lah sesama. Korang x rindu ke? rindu en rindu en..hahah

jap supervisor aku bangun.. aduh

ok dia bangun stretching je

K sambung balik. Bila kita semua dapat kumpul semua ni? Bila nak g amik gambar preconvo sesama? Mar mohon ingatkan aimad hari hari hahahha jom weh g jepun sesama, aku ingat nak g sambung belajar kt sana.. hahah belajar ke tak, aku dh google siap2 dah scholarship and universiti kt jepun yang boleh aku apply tapi sebabkan banyak nak kena baca link ni la link tu la aku postpone dulu lah hahah. Jom g pulau lagi or pegi jenjalan memana ke kita ilyfaeghijklmn semua. tapi xde duit pun saja cakap..haha (gaji bulan ni xdeeeeee T-T)

Hmm nak tulis apa lagi eh.. aku tgh mengacah busy sebenarnya sbb semorang busy.. nak tengok cite korea cuak plak sbb monitor ni besar sangat nanti semorang aduh dia bangun lagiii nampak.. nak main game dekat fon mcm xproper la plak..haha

Hmm lastly nak buat wasiat kt korang, xyah la kawin awal tau.. lambat lambat sikit lek ah..susah nanti nak jumpa kalo kita korang dah kawin haa hahah ttbe. Kita g travel sesama dululah tau, trip kita je, g jepun tuuu, jelajah europe kee haha angan2 kena besar hahah

Oklah tu je i nak cakap.. selamat maju jaya semua, doakan aku dapat permanent kt malaysia airports sbb boleh tengok kapal terbang tiap hari haha, moga kita tak lupakan masing masing dan terima kasih jadi kawan baik ittew hihihi hahah. Disini kutitipkan gambars utk tatapan kita bersama haha bye love haha gittew