Thursday 31 December 2015

CONCLUSION 2015

First sekali aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab bertambah lagi satu tahun kita berkawan.semua perangai baik buruk aku korg terima..ada masa tetiba rasa gembira gelak tak ingat dunia,pastu rasa nak marah tak tentu pasal.. *btw aku terharu gila korg sambut advance birthday aku haritu.tapi ntah sebab tengah emo phone rosak plan macam lari sket.jann siap tegur aku "hanis senyum la sket"* so aku nak ucapkan mekasih banyak 100x kat korg.nak cakap depan2 malu dan nak mintak maaf semua salah silap aku.aku takda la baik mana.

tahun 2015 banyak kot benda berlaku sekitar aku.
1.dapat junior baru dalam jasa.geng2 adik aku yang aku x penah kenal pun,tak tau dorg ni masuk air jugak sebenarnya dan aku gembira jasa dah berkembang.
2. sedih sebab dah lama dengan jasa dari zaman 1st year pastu sem ni sem terakhir pulak berjasa dalam exco. rasa nak adik2 pulak arrange program kita join.
3. tertekan la jugak dengan soalan desas desus bila aku nak ada pakwe.weyh suka hati aku la.haha aku lagi risau tak pass exam dari takda pakwe.aku lagi risau bila pikir malam ni nak makan apa,dekat mana,pukul berapa nak makan.
4. crush zaman sekolah dah kawen.sobs gila.dah la dia jemput direct pegi walimah dia.haha tapi sekarang dah boleh move on.baik aku layan dilwale.janam janam janaam~
5. tahun ni aku hilang mak sedara aku yg ktorg membesar sama2 dari kecik,main,sekolah pun sama2. dia meninggal sebab cancer ovari ke rahim tak salah aku..symptom dia bnyak then salah satu symptom dia aku tgk mar selalu alami. *mar g buat check up.risau aku*
6.tahun ni saja mak aku masuk hospital banyak kali.dan setiap kali masuk aku xda kat rumah.yang first masuk tu aku tau sebab adik aku terlepas cakap. menangis jugak la aku.nangis bawah bantal sebab xnak rumet dengar.haha memang benda paling memainkan perasaan aku satu tahun ni. sekali tu aku penah teman mak aku kat hospital.nasib doktor hensem weyh.takda la bosan mana.dok hospital siap aku boleh beli buku online. cuti 3 bulan tu penuh jadual aku teman mak aku g hospital check up.biasalah nak tunjuk kental tak nangis depan mak aku.buat2 x paham doktor cakap apa.balik rumah time mak aku tido,aku baca result check up..paham tau aku nak translate bahasa doktor guna theory economics.so aku gigih la google.amenda la doktor bebel..uwaaakk baru aku tau mak aku sakit apa. paling sedih bila aku baca tu penyakit mak aku takda ubat.doktor kat dunia ni x jumpa lagi ubat untuk penyakit tu selain mak aku kena amik satu jenis dadah ni utk tahan sakit.start pada tu setiap malam kat rumah aku nangis,mandi aku nangis.masa masak pun aku nangis sebab mak aku tokleh mkn sebarangan. kira macam aku x nangis bila tidoja.aku penah nampak adik aku nangis so aku tanya la kenapa nangis,dia jawab "lah nampak mama nangis,lah tak tahan"so as kakak aku acah kuat la x nangis depan dia.kuar bilik lari naik bilik atas nangis sorang2.haha aku siap doa transferkan sket sakit mak aku.aku xnak mak aku sakit.tapi setiap kali tu mak aku mcm sakit tak lega2,sket cakap pasal nak mati.sapa tak sedih weyh..pastu aku terbaca la satu artikel yg kita kena redha apa yg Allah dah tentukan.so satu malam aku doa la kalau dengan cara sakit tu Allah nk uji and mybe ajal maka aku ke aku redha..alhdamdulillah lepas tu mak aku mcm makin surut. skrang jari2 mak aku akan membengkok dari semasa ke semasa. tapi aku paling salute ayah aku sepanjang mak aku sakit. xpenah merungut,marah mengeluh..balik sekolah pukul 4 tukar baju,cari makanan dekat adik aku terus pegi hospital.malam baru balik..teman mak aku tido kat bawah sebab tak mampu naik tingkat atas.tido kadang lapik toto kat bawah.kadang tido atas kerusi macam drama melayu kat tv.

ok xnak cite lebih.dah berombak dh dalam hati.tunggu nk mengalir je ni sambil tulis.aku x penah cite kat korg sebab aku x suka kongsi benda sedih dekat org.dah alang2 korg dtg rumah so aku citer sket. dan sebab dari mak aku sakit la aku dh ada satu cita2 baru yg aku nk capai.haha so kdg2 tu bukan xnak keluar ,pegi jalan2 dengan korg tapi aku tengah menabung nak capai cita2 aku tu..so aku harap 2016 ni takda dah benda2 sedih berlaku.semuanya elok ja.doakan mak aku sihat, sempat tengok menantu dia.haha
p/s: jawab final elok2 korg ! jumpa bulan 9 nanti pulak.korg intern 6 bulan.