Tuesday 11 August 2015

Hikayat ILYFAEG

Apa itu ILYFAEG?

Hikayat ILYFAEG bermula lebih kurang setahun yang lalu. Ke dua tahun yang lalu? Entah. Tak ingat, Hahaha.


Ramai gila yang tanya ILYFAEG tu apa. bila suruh teka, mostly dapat teka sampai ILY je, yang lain tu entah apa apa entah dorang mengarut,

 Disebabkan macam ramai sangat tanya ILYFAEG tu apa, maka wujudlah entry ni, incase kalau orang tanya ILYFAEG tu apa, korang bagi je link entry ni, senang, takyah baziaq ayaq liuq.

So, ILYAFEG ni bermaksud I Love You Forever And Ever Gila. Haaa, mana kitorang dapat idea nak guna nama ni?

Nama ni tercipta setahun ke dua tahun yang lalu, waktu kelas FIE, Fiqh for Economics. Disebabkan kelas ni kitorang berenam sekelas (kecuali ctort), kitorang suka duduk row belakaaaaaaaaang sekali, mana row paling belakaaaaaaang sekali, kat situlah ada kitorang ,walaupun kitorang datang paling awal. haa disebabkan kitorang duduk paling belakaaaaaaang sekali, kelakuan kitorang pun paling terbelakaaaaaaang sekali nak compare dgn classmates yang lain.

kitorang suka sembang, walaupun dalam kelas, walaupun sir baik, walaupun kitorang asyik kena tegur banyak kali, kitorang tetap suka sembang, cuma kitorang sembang gaya budak baik, kitorang sembang guna buku, haaa ala2 message, cuma guna buku, ataupun nota FIE.

nak dijadikan cerita, suatu hari, Jan kot, ke siapa entah antara kitorang berenam selain Aini, suruh kitorang tulis biodata ala2 budak darjah 6 suka buat tu, haa last sekali haruslah disertakan dengan ucapan pendek mahupun panjang, nak dijadikan lagi cerita, orang pertama yg tulis, Aini, yang sedikit sentimental, tulis ucapan I Love You. yelah nak cakap depan2 malu. HAHAHAHA,

kemudian orang kedua sambung Forever, orang ketiga sambung And, orang keempat sambung Ever, orang kelima sambung Gila, sape entah sambung Gila tu, tak sentimental langsung.

Maka berhuhuhu lah enam orang tersebut baca ucapan yg complete tu, sampai sir jeling jeling tapi kitorang buat buat tak nampak,

Nak dipendekkan cerita, wujudlah ILYFAEG tu, kebetulan pulak cukup cukup 7 huruf, cukup cukup 7 orang.

Sekian sahaja hikayat ILYFAEG,
hikayat ahli ahli ILYFAEG saya serahkan kepada ahli yang lain,
sampai ketemu lagi

p/s : tolong jangan tunjuk entry ni kat aku lagi 5/6/7 tahun akan datang. malu woi baca diri sendiri tulis, kbye.